Followers

Friday, December 24, 2010

Boikot radio itu !!!

Pertama sekali saya mengucapkan tahniah kepada radio Era fm kerana telah berjaya merampas takhta sebagai radio no 1 negara, dan tahniah juga kepada mereka yang telah melakukan renovasi terhadap radio mereka...Era, hanya memainkan lagu hit!!!.

Saya memulakan karier didalam bidang muzik secara profesional pada tahun 1997, itu adalah permulaan kepada perkembangan radio swasta di negara kita.Dari situ telah banyak saya melihat perubahan perubahan yang berlaku dalam industri muzik disebabkan faktor radio.Tidak dinafikan radio memainkan peranan yang penting dalam perkembangan muzik tempatan dan mereka juga , pada pandangan saya telah merosakkan industri hiburan muzik secara tak sengaja. Kesombangan dan keangkuhan radio dalam mengejar target pasaran telah menjebakkan karyawan muzik dalam kancah peperangan mereka, mengapa tidak, kerana mereka muzik kita telah diklasifikasikan dengan berbagai kelas, kelas 1, kelas 2, kelas 3.

Apa yang dikesalkan dengan sikap mereka inilah genre muzik kita tidak berkembang, lagu lagu Nasyid, traditional, dangdut rock kapak telah dianak tirikan, padahal genre muzik ini telah membuktikan mereka mendapat perhatian yang tidak kurang sedikit dari masyarakat, lihatlah bagaimana jualan album Amalina, Jualan Album jinbara, Jualan Album kumpulan Kristal , Jualan Album Raihan , sekadar beberapa nama telah mendapat jualan yang tidak sedikit. Sayangnya lagu lagu ini hanya mendapat perhatian hanya di radio radio regional(rtm).Hingga ke era digital download lagu Zakiah dari kumpulan Jinbara telah mendapat jutaan download tetapi tidak mendapat perhatian sewajarnya dari radio swasta.

Sedih sekali melihat perkembangan ini, kadang kadang karyawan muzik yang telah menghabiskan budget yang tidak sedikit,masa yang begitu lama, tetapi lagu mereka dipandang sepi oleh radio swasta dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah, kadang kadang amat menjengkelkan alasan alasan yang diberikan.

Saya secara pribadi telah mengadakan pertemuan dengan pihak radio radio swasta ini, tetapi mereka dengan sombongnya hanya mempertahankan pendirian mereka, tanpa mempedulikan perasaan karyawan muzik dan juga syarikat rakaman.

Lihatlah lagu hit di Malaysia, kadang2 satu lagu hit ini bisa berada di carta selama 1 tahun, tidak masuk akal bukan?..kelihatanya kita tidak mempunyai artis2 dan lagu lagu yang berkaliber, maka atas sebab itu satu artist itu hanya dikenali dengan sebuah lagu hit, dan akibatnya apabila mereka mengadakan persembahan secara langsung, peminat peminat hanya boleh menikmati 1 lagu aja dari artis itu, sungguh kesian...kesian..kesian...

Lupakan isu lagu luar, terutama dari seberang, satu waktu dulu, kononnya mereka akan memberi support lagu tempatan, padahal itu adalah helah dan alasan semata mata, buktinya, lihat saja laporan MACP yang menjaga royalti penyiaran lagu di radio dan TV, Aliran royalti itu setiap tahun bertambah alirannya kepada pencipta lagu di luar negeri...

Maka Atas dasar ini kita wajar untuk jalan terbaik agar masalah ini selesai...apa kata rakan rakan sekali?

(keluhan dipetik oleh Mujahid Abdul Wahab)