I ve not been writing for a while. Told cha i hate writing. I only write when i feel like, which means hmm, when i have nothing else to do in this world. Tapi ader a few incidents semenjak kebelakangan nie yg membuatkan aku rasa aku harus berkongsi, atau remind kalian....
Kita sering dikejutkan dengan kes yg bersangkut paut pasal pembunuhan. Rogal ke, ragut ke, rompak ke, at the end of the day it still goes back to people dying. waktu bulan puasa dulu ada kes bunuh dekat Shah Alam waktu keluarga mangsa tengah sibuk nak sahur. Kejadian nie aku rasa bermotifkan rompakan tapi bila polis dah masuk campur, negotiator dah masuk campur, it ended with anak2 yg patah tulang belakang, dan ibu yg mati. Tembak menembak pun berlaku dan confirm si lakhnat tu mati. Aku sgt bersimpati apatah lagi mangsa adalah kawan ibu. Dan waktu raya dekat kampung aku terbaca kisah suami isteri yg mati kena pukul dengan anak2 sendiri, sebab diorang percaya utk buang sakit dan therapy yg diorang guna ialah PUKUL sampai lauk. Mungkin dah steam pukul mak ayah sampai tak perasan yg mak ayah dah mati. Then last week, Ruzana Luscious (bukan nama sebenar) berkongsi mengenai kejadian yang menimpa penyanyi kegemaran aku, Jennifer Hudson. Both her brother and mommy passed away sbb diorang kena tembak right in front of their house. Anak buah dia plak dilarikan dan sampai sekarang tak jumpa-jumpa. Last week, my colleague in Afghanistan got killed. Both of them was gunned down...what is wrong in this mother earth?
Apa yg aku nak remind korang supaya berhati2 bukan sahaja di jalan raya tapi di mana anda berada. It sound funny aint it. But yeah jaga diri korang elok elok. Tanah melayu kita nie dah bukan macam dulu. We lead a life just like how the US citizens are. KL dah macam New York. Apa yg aku cerita tu sikit saja tapi kalau korang selalu bukak news, selalu bukak Metro (suratkhabar yg suka bercerita pasal kematian the first 10 pages) you would know that we are not that safe. Risiko nak kena rompak tu memang selalu ada. Teringat plak zaman aku duduk di Ampang dulu. Ya ampun takut dia tak payah nak cerita, memang tempat tu tempat jenayah. I wonder how i survived. Dan jaga keluarga anda. Keep an eye on your mother, sisters, gf or even your colleague. Wanita terutamanya. Jangan biarkan diorang jalan sorang2. Teman diorang sampai ke kereta. Bagitau diorang not to walk alone in the night. Sayangkan diorang dan selalu pesan kat diorang supaya jaga diri. Biat pedih telinga tapi selalu beringat. Simpang malaikat kalau apa2 jadi dgn ahli keluarga kita....Ya ALLAH jauhkan itu semua...
Aku inginkan satu kehidupan yg aman. Bukan sahaja kehidupan aku malah kehidupan semua orang yg aku kenal mahupun tidak. Hidup yg tak perlu rasa marah, dendam, benci. Hidup yg takde rasa takut. God bless
No comments:
Post a Comment