Buat jahat jangan sekali. Tapi buat baik takde plak orang cakap buat berkali-kali.
Aku belajar benda nie lepas aku rasa aku kena tipu. Bukan sahaja aku malah ramai lagi. Dia nie pijak semut tak mati. Sekali pandang memang baik peribadi tapi kalau pandang 2-3 kali memang nak muntah tengok muka dia. Tapi takde orang perasan. Semua orang sangka dia nie baik. Aku pun sama.
Si 'barua' nie datang konon2 nak uruskan group aku. Gaya macam orang educated. Gaya jelah. Tapi bila cakap english berterabur jugak. Tapi aku tak tau macam mana kitorang boleh termakan janji manis dia nie, walaupun gerak hati aku macam tak best. Ader jugak dengar cerita pasal mamat nie sebelum nie tapi semua benda terlepas pandang.
Tapi lama kelamaan duduk di bawah pengurusan dia nie tidak mendatangkan banyak sgt manfaat. Kerja tetap diuruskan oleh adik-beradikku. Buat promotion dan PR pun tak reti dia nie. Pastu makin lama makin susah. Kalau bab duit lagilah susah. Bukan apa kadang2 bab duit nie melibatkan ramai orang. So kalau takde duit jgn janji. Dahlah aku nie banyak jadi orang tengah. Muka aku jugak yg tebal. Bukan muka kau setan!!!
Nak jadikan cerita berkat bulan puasa baru2 nie baru pecah tembelang si 'barua' nie. Rupa2nya dia nie bapak penipu, dan keje dia siang malam kalau tak menipu, menabur fitnah dan melaga-lagakan orang. Tapi sampai bila? Bila dah kumpul semua orang reti pulak ko takut dan malu. Pastu hilangkan diri. Buat cerita sana sini. Bila dah report polis baru ko lari tak cukup tanah. Kenapa takut kalau ko tak salah?
Makan benda haram. Berapa banyak duit orang yg dia tipu. To date aku rasa almost half a million dan rata2 duit yg ditelan ialah duit orang terdekat dengan aku. Mana aku tak marah? Lepas tu dah tau ramai sgt cari dia, lari pulak kat negeri lain, siap pindah barang2 semua. Waktu itulah baru tau yg memang dia nie conman besar. Keje menipu nie memang dah sebati ngan dia bertahun2. Skang tunggu masa nak cari dia saja.
Tapi kitorang kena bijak mengatur langkah. Dia nie bukan sebarang orang jugak. Di samping graduate master dalam bidang 'penipuan', dia nie amal ilmu hitam. Ilmu syirik dan segala macam voodoo. Banyak kali juga insiden bertemu dengan makhluk belaan dia. Dan bebudak nie siap nampak dengan batang hidung sendiri kat umah dia macam2 benda tangkal dan voodoo kat umah si 'barua' nie. Takoot !!!
Citer terbaru bukan saja kitorang cari dia, malah 'along' kongsi gelap pun. Rupa2nya dia nie curi duit orang pun ader jugak bijaknya, sebab nak langsaikan hutang sendiri. Pandai jugak dia. atleast tidaklah dia curi kemudian membazir. Tapi bodohnya hutang masih tak selesai dan at the end of the day ko bukan sahaja bermusuh dgn ramai pihak, tapi along cari kau..
Akan bersambung...
P/S: Ini merupakan breakdown drama episode terbaru aku. Masih belum detail tapi korang jgn curi ye :)
1 comment:
sial la dia! dasar $!$#&%&_(_Y^$%@!&)(+_*(%^%#
Post a Comment