Followers

Saturday, May 1, 2010

cerita lama MRSM

Mungkin ader yg taktau dulu waktu di sekolah menengah aku belajar di MRSM. Sekolah rendah tak payah cakap berapa banyak sekolah yg aku pegi. Waktu sekolah rendah saja 5 buah sekolah dah macam orang nomad jadinya. Sekolah kayu ara di Penang, Sekolah Jln Gurney di Semarak, Sekolah Majidee di Johor, Sekolah Kem Pakit di Kuching dan satu lagi aku tak ingat sekolah apa. Ayah aku dulu adalah seorang tentera jadi kami sekeluarga memang selalu berpindah ikut dia. Dan disebabkan dia adalah seorang tentera jugaklah selepas aku dapat keputusan yg cemerlang, aku dipaksa masuk MRSM Terendak Melaka sambung tingkatan 1....

Utk sesiapa yg taktau MRSM Terendak nie adalah salah satunya sekolah asrama di bawah MARA utk anak kakitangan tentera. Jadi faham2lah, anak tentera semuanya nakal waktu tu. I remember when I was 15, my parents had a massive headache sbb aku memang nakal sangat (tapi cerdik). Dalam setahun dua di situ, I lost count berapa banyak kali aku kena gantung sekolah sebab buat kes. Salah satu kes yg aku involved in membuatkan aku ditendang keluar dari sekolah tetapi sebab PMR aku yg cemerlang, aku dipanggil balik tapi di hantar di MRSM Balik Pulau Penang. Jauh tuuu !

Then bila aku belajar di MRSM Penang, i heard that all of my frens yg nakal2 belaka pun kena hantar ke MRSM ysng memang sangat jauh. Aku rasa memang zaman kecik kecik ni zaman nakal. Tapi nakal macam mana sekalipun, something I'm really proud is akademik kami memang bagus alhamdulillah. Nak nak lagi budak ragbi dan budak bola, semua nakal2 tapi kalau results exam keluar je semua dapat markah bagus bagus :)

Nakal memang nakal, tak cukup kena buang, kena buang lagi, masuk plak St John KL. Aku rasa kalau aku stay lagi lama di St John memang aku kena lagilah. Nakal ya ampun sampaikan last year i met my ex girlfriend's cousin who admitted that i was so freaking devil while i was in the boarding school huhu. Tapi if its one thing i learned during my secondary time in MRSM, adalah brotherhood and friendship. Sampai sekarang, aku tak dapat rasa apa yang aku rasa 14 tahun lepas. Zaman aku gig, zaman aku di UNITEN, zaman aku keje, atau zaman aku buat music, memang tak dapat lawan pengalaman aku di sana. I learned the importance of loyalty towards frens

And after 12 years, haritu we decided to meet up once again. Its wasnt planned pun. Sorang panggil sorang panggil sorang the next thing you know everybody is there. Semua dah berjaya. Ader yg ikut jejak langkah parents jadi pegawai tentera, ader yg engineer, ader buat investment and pakai kereta lawa2, ader bawa steady gf and ader jugak yg dah jadi ustaz. Seronok sangat dapat jumpa kawan2 lama yg dulu makan sepinggan dan tidur sekatil. Memang nampak perubahan dan kematangan semua individu, tapi yg paling aku suka, bila jumpa balik lepas sekian lama, perangai lama jadi balik, and the chemistry is still there :)

My journey takes me in a different path, but I'm grateful to have met such beautiful people in my life !!!

2 comments:

sherrina said...

Yup, I totally remember you as one of the most naughty kid in maktab. Pakai braces ingatkan nerd. Sekali devil daaa...hahahahaha...

Andi A. Merican said...

hehehehe :)