Malam semalam aku memang betul2 lapar tahap gaban sbb aku tak makan sepanjang hari. Just ratah ayam sket2 je dekat studio tadi. So lepas aku login kat office, terus aku inform kawan sepejabat aku yg aku nak pegi makan kat luar. Cyberjaya apa ader malam2 buta nie. So aku decide pegi mamak yg berhampiran, Hassan CafĂ© namanya….
Kat mana aku makan atau pukul berapa aku makan apa itu bukanlah penting sgt utk aku berkongsi tapi alang2 dah menulis so aku citerlah. Sambil aku makan nasi puteh lauk ayam dan ikan yg tak berapa sedap, sambil aku menolak makanan berulamkan air teh O ais, aku perhatikan ader seorang mamat yg lalu depan melintasi meja aku terus duduk kat meja sebelah aku, yg pada waktu itu ader sorang pompuan….
So sambil aku makan aku perhatikan gelagat mereka dua orang nie. Lelaki tersebut aku rasa lebih kurang 30-an berpakaian uniform driver bas lah aku rasa. Wanita tersebut plak mukanya kacukan india melayu mamak mungkin anak mami sebab aku dapat dengar loghat orang penang dia. Umur barangkali 20 an dan berbadan sedap.Yang menarik minat aku utk lebih memerhatikan diorang nie adalah tiba2 wanita tersebut hidangkan kek kecik utk lelaki itu di tengah mamak yg bising, yg mana aku rasa mesti malam tu besday dia. Dan cara wanita tu tgk lelaki tersebut memang aku kompim pompuan nie tgh dilamun cinta. Lelaki tu plak cakap dengan dia lemah lembut, malah tidak sedikit pun menunjukkan gesture segan ataupun malu dia kena potong dan tiup kek kecil di tengah2 kesibukan mamak
Buat aku terfikir seketika. Alangkah indahnya kalau kita berkasih sayang macam pasangan tersebut. Aku taktau apa hubungan mereka. Mungkin pasangan cinta. Mungkin anak dengan bapak. Mungkin jugak adik angkat ngan abg angkat. Kebarangkalian tu memang banyak tapi itu bukan point dia. Apa yg aku nak simpulkan ialah rasa seronok apabila kita menyayangi dan disayangi
The fact that wanita tersebut bawa kek ke mamak adalah sgt sweet. When was the last time we were sweet? Ada diantara kita yg masih malu utk melakukan benda2 sweet nie dengan pasangan kita dan ada yg mengaku there are not a sweet person. Bagi aku itu semua tidak penting sbb bila kita bercinta kita memang secara automatic akan menjadi seorang yg lebih sweet berbanding ketika bujang. Cara mereka berinteraksi diantara satu sama lain membuatkan aku yg memerhatikan diorang plak cukup tenang. Benarlah bila orang cakap kalau bercinta nie memang diorang dalam dunia diorang sendiri..
Its amazing that masa aku makan tu aku belajar byk benda daripada meja sebelah aku. Yang penting seronok dalam bercinta, Keseronokan tu penting dalam suatu pertalian. Kita tanya diri masing2, berapa lama kita dah tak rasa seronok bercinta. Dan seseronok mana pun bercinta, perasaan tu takkan sama dengan perasaan mula mula bercinta. It’s a fact yg ramai dah miss out. No matter how long we’ve been in a relationship, its not just about loving and being loved, its about falling in love everyday…..
Jangan bagi ruang untuk benda2 negatif mengawal hubungan masing2. Kalau boleh cuba halang benda2 seperti iri hati, cemburu, marah, nafsu, penipuan, curang dalam relationship. Cherish every moment with your partner. Cinta nie perlu disemai. Pokok pun kena baja dan disiram selalu. Apatah lagi soal hati :)
Setelah selesai menghisap rokok (after meal routine) aku pun beredar
‘Love is not about finding the right person, but creating the right relationship. It ain’t a destination but it’s a journey’
No comments:
Post a Comment