Pernyataan Media Andi A Merican Terhadap Kenyataan Amylea Azizan didalam www.murai.com.my bertarikh 4 Ogos2010
Saya merujuk kepada kenyataan Amylea Azizan di dalam www.murai.com.my bertarikh 4 Ogos 2010, di mana saya menafikan sama sekali segala tuduhan yang telah dibuat terhadap diri saya.
Saya kesal dengan kenyataan yang dibuat oleh Amylea Azizan yang berunsur fitnah, antara lain, kononnya saya"naik angin", "panas baran", melakukan "cacian dan makian" dan telah memberikannya "warning" atau sebarang bentuk ugutan hingga menyebabkan beliau fobia, adalah exaggeration atau perihal menokok tambah oleh pihak Amylea Azizan. Saya menekankan bahawa tuduhan-tuduhan di dalam kenyataan Amylea Azizan tidak mempunyai asas dan tidak disandangkan kepada bukti-bukti yang benar dan kukuh.
Di sini saya juga jelaskan bahawa cebisan-cebisan SMS yang dipetik oleh beliau telah digunakan "out of context"atau di luar konteks dan oleh itu, tidak memaparkan situasi sebenar. Melalui perilaku tersebut, beliau telah mencampur adukkan perihal peribadi dan professional, yang mana tidak wajar sama sekali. Saya sarankan kepadanya supaya lebih bersikap professional dan bukan mengikut emosi semata-mata.
Mengenai tuduhan penciplakan lagu pula, ingin saya tekankan di sini bahawa lagu Solo saya adalah lagu ciptaan saya bersama-sama Altimet dan Eenaz Luscious, dan bukan hasil ciptaan Amylea Azizan. Jika dibandingkan secara professional dan terperinci, lagu Solo saya tiada persamaan langsung dari segi melodi dan lirik dengan lagu ciptaannya,seperti yang dituduh oleh beliau. Mesej dan jalan cerita kedua-dua lagu juga berbeza sama sekali. Malah, kenyataan Amylea mengenai pelancaran single saya atas tujuan mensabotaj beliau adalah rekaan semata mata. Saya sama sekali tidak pernah mengajurkan sebarang majlis pelancaran dan menganggap ini sebagai satu fitnah. Beliau perlu lebih professional dan terima hakikat bahawa beliau tidak boleh memonopoli sebarang perkataan dan mendakwa mana-mana idea adalah hakmiliknya sahaja.
Saya berharap agar beliau sedar bahawa tuduhan-tuduhan di dalam kenyataan beliau bukan hanya mencemar maruah saya, tetapi juga merupakan fitnah di bawah undang-undang Malaysia.Tabiat sebegini juga tidak lansung memberikan imej yang positif kepada industri seni Negara dan hanya merupakan sensationalism buat sementara waktu. Saya kesal dengan perbuatannya yang memburuk-burukkan saya, walhal saya anggapnya sebagai rakan seperjuangan di dalam industri ini.
Oleh yang sedemikian, saya telah membuat laporan polis bertujuan untuk menjaga hak saya. Dengan ini, saya seru kepada Amylea Azizan supaya berhenti dengan tuduhan-tuduhannya, sebaliknya membaikpulihkan keadaan dengan berbincang dengan saya sebelum perkara ini bertukar menjadi di luar kawalan hingga membabitkan penguatkuasaan undang-undang terhadap dirinya atau mana-mana pihak yang terlibat di dalam menyebarkan kenyataan-kenyataan yang berunsur fitnah ini.
Sekian, terima kasih dan wassalam.
No comments:
Post a Comment