Khamis 15hb haritu aku pergi tengok Luscious perform dekat Laundry Bar. Diorang perform sekali dengan member aku Alvin INF. Walaupun aku agak tak larat sebab letih dan tak cukup tido beberapa hari, aku tetap gagahkan diri tengok diorang perform. Nak support sket diorang nie, dahlah aku produce semua lagu diorang..:)
Overall the show memang cun. Luscious memang did their homework and really performed. Diganding plak dgn guitarist serba boleh macam Alvin, yg bukan sahaja bermain guitar tetapi pada masa2 tertentu menyumbangkan suara dengan kadar soul yg maksima, membuatkan aku terpana seketika. Diorang nyanyi selama sejam, and aku sebagai penonton memang puas sgt sbb kali nie konsep diorang menyanyi, menyanyi, menyanyi. No hanky panky, ditambah plak dgn adlib yg macam orang kena meroyan, memang perfect sebagai perencah malam tu.
Aku plak dapat merasa lagi satu experience yg bagi aku best. All this while aku menyanyi lagu sendiri dan produce orang. Hari nie aku duduk di bawah menonton member lain yg aku produce nyanyi depan mata aku dengan begitu soul. Perasaan yg paling best malam tu ialah bila diorang nyanyi lagu aku, crowd kat bawah nyanyi sekali mengiringi diorang. Best perasaan tu. Alhamdulillah aku bersyukur
Malam tu jugak merupakan harilahir CD single Luscious bertajuk ‘Khabarkan’
Enjoy the video. ‘Ada Masa’ by Luscious and Alvin INF
No comments:
Post a Comment