Followers

Tuesday, December 16, 2008

DIA................

Aku tak pernah rasa nak menulis pasal ‘dia’ sampailah saat ini. Setiap kali aku berjauhan dengan ‘dia’ aku rasa rindu, kadang2 tu menjadi-jadi sampai aku rindukan dia walaupun dia dalam dakapan aku. Malah saat nie sedang aku menulis pun aku masih rindukan ‘dia

Sedar tak sedar aku dah berkawan dgn ‘dia’ hampir dua tahun, tapi dua tahun yang sangat banyak dugaan. Dugaan yang datang dari pelbagai pihak, dari dia, dari orang ketiga, dari orang sekeliling, yang paling teruk dari aku. Ditambah plak dengan situasi di mana aku dan ’dia’ memang bekerja sekali. Sejak dari Gangstarz, ke pementasan P Ramlee sehinggalah hari nie di mana setiap produksi aku mesti melibatkan dirinya.

Tapi Alhamdulillah, semenjak-dua menjak nie hubungan aku dengan si ’dia’ semakin baik. Mungkin kerana setahun kebelakangan ini kami telah lalui banyak sangat perbalahan, membuatkan kami lebih dewasa dalam menyelesaikan salah faham. Betullah orang cakap pertelingkahan kalau tak memudaratkan memang bagus, sekurang2nya kita mampu belajar dan mengenal hati budi pasangan kita

Toleransi itu penting. Selebihnya, biarlah cerita cinta aku dengan ’dia’ di simpan untuk aku…..dan DIA

No comments: